Pada awal persekolahan, pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh guru-guru dan para pelajar seperti kekurangan peralatan dan persekitaran sekolah yang tidak teratur. Dengan kerjasama penduduk setempat, SKTSJ dapat mengatasi segala masalah yang dihadapi. Penduduk Selesa Jaya banyak memberi sumbangan untuk menceriakan kawasan dan bangunan sekolah.
Semenjak sekolah ini dibuka hingga kini, hanya 3 orang Guru Besar yang menerajuinya iaitu Tn.Hj.Mohd Yatim bin Ngapan, Tn.Hj.Mohamed bin Mandak, En.Md Supie Bin Ngadiman, Ramlah Bte Abdul Rahman dan termasuklah Pn Kartini bt Abd Syukor selaku peneraju terkini. Bagi mengeratkan lagi hubungan sekolah dengan ibubapa, PIBG telah ditubuhkan pada 7 MEI 1995 dengan diketuai oleh En.Mahat Bin Johan sebagai Pengerusi PIBG yang pertama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment